ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG eone8290.blogspot.com
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Rumput

Penulisan ini bukanlah kerna nama 
Tetapi untuk dikongsi bersama 
Setiap penulisannya bukan luar biasa 
Tetapi harapnya ia dapat memberi nasihat kepada kita 

Pada suatu hari di sekolah
seorang murid bertanya kepada gurunya.
Ketika itu guru tersebut sedang mengajar erti kasih sayang

PELAJAR: “cikgu! Macam mane kita nak pilih seseorang
yg terbaik dalam hidup kita
sebagai orang yang kita sayang?
Macam mana pula kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU: “ ok, kamu ikut apa yang saya suruh ye.
kamu pergi ke padang sekarang. Sambil kamu berjalan
di atas rumput  itu
kamu cari rumput yang PALING cantik
di depan kamu tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Bila dah petik rumput yang paling
cantik tu kamu bawa ke kelas”.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai
rumput pun di tangannya.
Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang di pilih?

PELAJAR: “Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput
yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu
kata petik yang PALING cantik,
maka saya pun terus berjalan
ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang. Tapi bila sampai di penghujung padang,
saya tak jumpa pun rumput
yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang dibelakang saya tadi ada rumput yang PALING cantik
tapi cikgu dah cakap tak boleh toleh belakang lagi, jadi tiadalah
rumput yang saya boleh petik”.

CIKGU:” Ya, itulah jawapan yang cikgu maksudkan.
Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari
yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang
yang berada di depan kita itu sebaik-baiknya.
Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang
berlaku
itu tetap sudah berlaku. Semoga yang berlalu itu tidak berulang lagi.
Dan ingatlah orang
yang kita sayang  itulah yang paling cantik
dan paling baik. Walaupun nak diikutkan banyak lagi yang
cantik dan baik seperti rumput tadi.

Orang yang ambil berat akan diri kita selalu itu merupakan orang
yang amat menyayangi kita tidak
kiralah di mana jua orang itu berada,
jauh ataupun dekat. Dan kita juga haruslah tahu sejauh mana
kebenaran,
kejujuran dan keikhlasan seseorang itu dalam menyayangi kita.
Moga-moga kasih sayang
itu dapat menjadi medan untuk kita
memperbaiki diri kita serta dapat menuju ke jalan yang diredhai
oleh Allah.

Sekian.

Story by: Nor Suhana Musa
Edit by: Ehwan Sidarman

0 comments:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Islamic Column

Information Column