ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG eone8290.blogspot.com
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muhasabahlah Diri Sendiri

Kadang-kala kita sering menyalahkan diri sendiri 
kenapa kita tidak boleh buat 
sesuatu yang orang lain boleh buat.

Kadang-kala kita sering memaki diri sendiri
 kerana tidak sehebat seperti org lain.

Kadang-kala kita selalu menyalahkan orang lain 
kerana mengambil peluang yang kita dapat.

Berhentilah menyalahkan diri sendiri dan orang lain. 
Banyakkanlah memuhasabah diri 
kerana itu merupakan kunci mengenal 
kelemahan dan kekuatan diri.

Ada 3 perkara 
yang akan menyebabkan seseorang itu tidak bahagia:

i- suka merungut
ii- suka menyalahkan diri sendiri
iii- suka menyalahkan orang lain

Apabila sesuatu perkara atau musibah menimpa kita 
dan kita masih merungut dan menyalahkan diri sendiri
maka penting untuk kita sedar 
bahawa semua itu berlaku adalah daripada ketentuan-Nya.

Kita perlu sentiasa bersikap positif 
dan jangan sesekali menyesali dengan apa yg telah berlaku 
sehingga memudaratkan diri sendiri. 
Orang yang tidak berjaya dalam kehidupan 
adalah orang yang berfikiran negatif.

Menyesali kesilapan lalu adalah perlu, 
tetapi jadikannya sebagai teladan. 
Kita perlu lakukan perubahan 
agar kesilapan lalu itu tidak berulang lagi 
dan teruskanlah dengan kehidupan sekarang.

Untuk mengatasi masalah seperti ini, 
kita perlu mulakan dengan fokus kepada syukuran. 
Fokus kepada apa yang Allah berikan kepada kita 
dan bukan kepada apa yang kita alami. 
Seseorang yang yakin kepada Allah, 
nescaya Allah akan membantunya dan kehidupan menjadi bahagia 
dan tidak perlu menyalahkan diri sendiri lagi.

Oleh itu, setiap apa yang kita lakukan,
 kita perlu yakin kepada Allah. 
Allah akan membantu setiap apa yang kita lakukan 
jika kita bersangka baik kepada-Nya. 
Apabila kita merasa sesuatu perkara itu dibuat dengan mudah, maka 
emosi dan tindak balas kita akan memperolehi keyakinan melakukannya 
dan kita akan lebih mudah berjaya dalam kehidupan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Islamic Column

Information Column